Sembilan (9) kes baru positif COVID-19 dilaporkan pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes positif di Malaysia sebanyak 158 kes.

Manakala enam (6) kes telah pulih dan dibenarkan pulang. Dengan ini, 32 kes telah pulih dan discaj dari wad.

Terdapat tiga (3) kes yang dirawat di Unit Rawatan Rapi yang memerlukan bantuan alat pernafasan dan keadaan mereka stabil.

Berkaitan perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling, mereka yang terlibat diminta untuk menghubungi PKD berhampiran untuk penilaian risiko jangkitan COVID-19 dan tindakan lanjut oleh PKD:

1) diambil sampel klinikal jika didapati berisiko tinggi mendapat jangkitan COVID-19 atau sekiranya bergejala jangkitan saluran pernafasan

2) terima surat perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah

3) diperjelaskan keperluan memantau kesihatan diri menggunakan Home Assessment Tool

Orang ramai diminta tidak menyebarkan maklumat tidak sahih melibatkan perhimpunan tabligh ini demi menjaga keharmonian umum.

Source: KKM FB
  • Date Fri, 13 Mar 2020
  • Outbreak Covid-19
  • Category National
  • View 658
Share