NASIHAT KESIHATAN
Mengambil kira keadaan semasa, pihak KKM ingin menegaskan agar:
- Orang awam tidak digalakkan untuk menghadiri perhimpunan atau tempat yang melibatkan orang ramai `termasuklah tempat keagamaan, terutamanya mereka yang bergejala jangkitan saluran pernafasan; dan
- Semua penganjuran aktiviti yang melibatkan orang awam hendaklah ditangguhkan bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19. KKM akan memaklumkan perkembangan jangkitan ini dari semasa ke semasa;
- Penjagaan kebersihan diri yang baik adalah seperti sentiasa mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan air dan sabun, atau menggunakan hand sanitizer;
- Dapatkan segera dapatkan rawatan perubatan segera sekiranya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk mahupun kesukaran untuk bernafas.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan COVID-19 dari semasa ke semasa dan orang awam akan sentiasa dimaklumkan mengenainya.
Sekian, terima kasih
DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
- Date Fri, 13 Mar 2020
- Outbreak Covid-19
- Category Tips
- View 656
Share